Pages

Sunday, October 10, 2010

Latar Belakang Syarikat



ANK Collection Centre (M) Sdn Bhd telah diperbadankan pada 6hb Februari 2008 dahulunya dikenali ANK Consultancy & Management Services yang diperbadankan pada 7hb Disember 1998.

         Dalam tempoh masa yang singkat, ANK telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dan berjaya menarik minat syarikat-syarikat telekomunikasi yang lain untuk bekerjasama dengan pihak syarikat. Pada tahun 1999, ANK pernah dilantik oleh pihak MOBIKOM sebagai wakil pemungut hutang mereka. Pada tahun 2000 pula, tiga syarikat telekomunikasi telah melantik ANK sebagai wakil mereka iaitu pihak TELEKOM, CELCOM dan TM Touch. ANK juga telah menerima anugerah wakil terbaik bagi negeri Kelantan selama empat tahun berturut-turut iaitu dari tahun 2000 sehingga tahun 2004 .Prestasi ANK yang cemerlang bukan sahaja menarik minat syarikat-syarikat telekomuniksi untuk bekerjasama malahan juga telah berjaya meyakinkan agensi-agensi lain seperti Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan MARA serta individu-individu perseorangan untuk mewakili pihak mereka.

Disamping itu, ANK juga menjalankan kerjasama yang erat dengan Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) tempatan serta politeknik dan sentiasa menerima pelajar-pelajar untuk menjalani latihan praktikal dimana mereka akan didedahkan kepada dunia pekerjaan sebenar.

          ANK kini diterajui oleh Pengarah urusannya, En. Abdul Aziz Bin Lome dan disokong oleh 53 orang staff syarikat. Pejabat operasi yang terletak di Tanah Merah kini dilengkapi dengan sistem perisian komputer yang canggih, sistem internet Streamyx dan perkakasan komputer terkini. Ini adalah kerana perancangan jangkamasa panjang syarikat melibatkan peningkatan dalam penggunaan Teknologi Maklumat. Oleh itu, staff syarikat juga turut sentiasa didedahkan kepada perubahan terkini dalam Teknologi Maklumat. Pelbagai kemudahan lain juga turut disediakan seperti kemudahan telefon, mesin pencetak, mesin faksimili dan sebagainya. Tujuan pendedahan dan kemudahan ini adalah untuk mencapai tahap kecekapan dan keberkesanan yang maksimum dalam melaksanakan tugas.

        Sehingga hari ini  ANK telah beroperasi selama 12 tahun dalam bidang pungutan hutang semasa dan hutang lapuk.

ANK juga telah mempunyai “call centre” sendiri yang dikendalikan oleh pekerja sepenuh masa dan sementara.

ANK juga telah dilantik sebagai   TM AUTHORISED DEALER  dibawah Telekom Sales & Services  Sdn Bhd (TM Point) untuk memungut bill Telekom , Astro, Tenaga Nasional (TNB) dan Air Kelantan Sdn Bhd beroperasi di Gua Musang,Kelantan.

No comments:

Post a Comment